MCG Info
iOS Universel / Productivité
MCG Info (Malaysia Coast Guard Information) adalah satu aplikasi yang telah dibangunkan secara dalaman oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Aplikasi ini merupakan saluran alternatif penyampaian maklumat daripada agensi kepada seluruh rakyat Malaysia. Aplikasi ini terdiri daripada 4 modul utama iaitu:
Utama
Modul yang memberikan maklumat fungsi APMM dan tips keselamatan di laut
Berita, Tender & Siaran Media
Berita-berita berkaitan APMM, tawaran tender dan siaran media
Pejabat-pejabat APMM
Maklumat berkenaan semua pejabat-pejabat APMM seluruh Malaysia; alamat, no. telefon dan lokasi
Ramalan Pasang Surut
Maklumat pasang surut air laut menggunakan perkhidmatan data atas talian yang disediakan oleh Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Pengguna akan disediakan dengan maklumat pasang surut hari ini dan esok mengikut stesen-stesen pemetaan JUPEM
Ramalan Cuaca Perairan Malaysia
Maklumat ramalan berdasarkan senarai perairan negara yang merangkumi ramalan cuaca pada waktu pagi, tengahari dan malam. Juga terdapat maklumat berkenaan arah angin, kelajuan angin dan ketinggian ombak yang sangat berguna untuk semua aktiviti di laut. Data ramalan ini disediakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia secra atas talian.
Quoi de neuf dans la dernière version ?
Update:
-New Icon
-Bug Fixing