Ratib Al-Attas
iOS Universel / Références
Ratib Al-Attas telah disusun oleh Al-Marhum Habib Umar bin Abdur Rahman Al-Attas yang telah wafat pada 23 Rabiul Awal 1072H.
Beliau pernah menyatakan bahawa amalan ratib ini akan mengundang keamanan dan keselamatan bagi rumahtangga dan penghuninya dari kebakaran, kecurian dan sebagainya. Pembacanya akan dipelihara oleh Allah Ta'ala dari terkena sihir, serta terlindung daripada penyakit dan bala, iaitu dengan berkat ayat-ayat Al-Quran, nama-nama Allah, serta zikir yang terkandung dalam ratib ini, Insya Allah.
Bagi Negara Brunei Darussalam khasnya, ratib ini diamalkan di masjid-masjid pada sebelah malam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
Dengan adanya applikasi ini, diharapkan agar ianya dapat membantu mempermudahkan para pengguna iPad/iPhone yang berugama islam untuk mempraktikkan amalan tersebut ketikamana dihasratkan.
Dan semoga applikasi ini sedikit sebanyak, membantu Negara Brunei Darussalam mencapai wawasan 'Negara Zikir'. Amin
Quoi de neuf dans la dernière version ?
App ini telah dikemas kini oleh Apple untuk memaparkan ikon app Apple Watch.
- dikemaskini untuk iOS 11