TEDUH
iOS Universel / Style de vie
Aplikasi ini memfokuskan kepada paparan projek yang yang dibuka untuk permohonan mengikut skim perumahan terpilih. Maklumat lengkap kepada projek yang dipilih boleh dilihat oleh pengguna aplikasi yang mana ianya dapat memberi gambaran awal sebelum pengguna membuat permohonan menerusi pautan yang dikongsikan bagi setiap skim yang berkaitan. Antara skim yang terpilih dalam aplikasi ini adalah MyHOME, PPR, Rumah Transit, PPAM, Residensi Wilayah dam PR1MA. Terdapat juga fungsi semakan status permohonan bagi skim di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara. Ianya memerlukan nombor kad pengenalan pemohon dan juga kata laluan SPRN untuk semakan status permohonan.
Quoi de neuf dans la dernière version ?
Pengemaskinian aplikasi mudah alih TEDUH versi 1.0.5 ini meliputi perkara berikut:-
a. Menambah fungsi baharu tapisan Daerah yang lebih mesra pengguna di page Carian Projek.
b. Mengemaskini Paparan Soalan Lazim yang terkini selari dengan paparan di Portal TEDUH.
c. Menambah page semakan kelayakan bagi program/skim semasa yang bersesuaian dengan pemohon.